CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Album

Tuesday, 18 September 2012

Jenaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera..mari kita lihat dan amati cerita jenaka dibawah....
semoga terhibur....=)




Wednesday, 12 September 2012

Lagu A.B.C

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Adik-adik...mari kita menyanyi sambil belajar huruf A hingga Z....

Ilusi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Cuba perhatikan gambar ini dengan teliti..
Apa yang kamu dapat kamu lihat...


Adakah kamu dapat lihat :
Seorang lelaki tua dan perempuan tua?
Seorang lelaki bermain gitar?
Serorang lelaki menjunjung pasu?
Perempuan keluar dari sebuah bangunan?
Sebuah pasu?



Lihat betul-betul......=)




Monday, 10 September 2012

Sang Kancil Dengan Buaya

Sang Kancil Dengan Buaya



                Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
                 Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
                   Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.



Susun nombor

Siapa suka bermain game,disini ada satu game matematik yang menarik dan sesuai untuk anda semua. Pastikan anda mendapat skor markah tertinggi.
klik di sini untuk bermain --> Games





Semoga terhibur =)

Mengenal nombor

Mari mengenal nombor 1 hingga 10...

cuba lihat ini..

kira dan sebutkan nombor yang tertera.






ok..Sekarang semua dah mengenal nombor 1 hingga 10?? Tahniah cikgu ucapkan. =)


Mengira nombor1-10

Uji kefahaman kamu dengan membuat latihan...klik bagi setiap latihan dibawah

LaTihan nombor

Latihan nombor-2

Latihan nombor-3

Latihan nombor-4

Kuiz bahasa

Mari kita bermain kuiz....
sila klik  sini -> KUIZ

~Selamat mencuba!~




Belajar mengeja

Cuba kamu lihat gambar dan perkataan dibawah. Cuba sebut gambar yang dilihat dan eja perkataan dengan betul dan tepat.


















































Kamu dapat eja dengan betul?? tepuk tangan pada diri sendiri.
Jika kamu tidak dapat mengeja kesemua perkataan dengan betul,jangan mengalah.kamu pasti boleh.minta bantuan keluarga atau rakan...
Terima kasih,Jumpa lagi nanti =)


Gambar tersembunyi

Hai semua...kat sini cikgu ada satu gambar....
Cuba kamu lihat gambar ini betul-betul..
Kemudian,Cuba cari :
1. kura-kura
2. topi
3. ikan
4. itik
5. sudu
6. gunting
7. jarum
8. paku

Selamat mencuba


Sunday, 9 September 2012

Mari belajar mengira

Mari mengira nombor 1-10

lagu ABC

Hai semua,siapa yang tahu lagu ABC?
Siapa yang tidak tahu,bolehlaTekan sini untuk dengar lagu --> Mari dengar lagu ABC

Mari kita nyanyi lagu ABC ini bersama-sama..

Mari tonton

Mari kita tonton cerita ini.
klik disini...Cerita 1
pernah tengok cerita ini...CERITA UPIN IPIN


Semoga terhibur dengan klip video cerita ini.

Contoh kelas pemulihan 2


Contoh lagi.....

Siapakah murid pemulihan??


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Tahukah anda siapa murid pemulihan? 


Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau mengira (3M). Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Selain itu,sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

1. Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific Programme of education Innovation for development” (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah :
Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.

2. Menurut Brennan (1974), murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.

3. Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

4. Menurut Koh Boh Boon (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.

5. Menurut Johnson (1963), mendefinisikan kumpulan murid lambat sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.

6. Menurut Benner (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

Kesimpulan, murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

Tuesday, 7 August 2012

Assalamualaikum w.b.t

Blog celik mata hati ini diwujudakan untuk tujuan ilmiah.diharapkan segala input yang dipaparkan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca..... selamat datang...(^ ^)